"me and my little pou"
Saturday, 19 April 2025
A new phase of me ❤️
Wednesday, 11 November 2020
Ex Crush or Ex Boyfriend ??
Assalamualaikum Hi guys. Night evelibadi!!
So, this two weeks kind of hectic weeks for me. First, Selangor tak dak ayaq wei! Apo ko bondo nyo. Second is, My ex boyfriend is getting married. It's not like aq jeles ke hape. Tapi, rasa juga laa something sebab kami sama umur.. Tapi dia off market dulu, dia kan laki. Kawen la lambat sikit dari aq T_T
Tapi, the things is dia ni ex aq masa sekolah rendah. Haha. Aq ni time muda-muda gelenyar sangat. Sepanjang 26 tahun aq hidup ni, last aq bercinta masa Form 1. Lepas tu menyolo sampai sekarang. Mesti mak aq be like, "Menyesal aq halang marah anak aq bercinta dulu, tgk sampai laa ni tak lekat dengan sapa-sapa". Hahaha
Tapi bercinta dengan dia pergh drama habis wei. Izinkan sedikit aq nak throwback. Tujuan aq terobek ni bukanlah nak mengenangkan si dia yang tidak menjadi kepunyaan aq k. It's just like nak mengenang kembali kebodohan aq dulu. Hahaha
Masa tu darjah 6. Dia budak baru. Sekolah agama first time aq jumpa dia. Macam biasa lah, aq kalau pergi sekolah memang lambat sampai. Tapi, kadang-kadang je la. Darjah 6 time tu special sikit, kelas dekat luar sekolah. Fuhh! Tapi cun sebab aq kan sampai lambat, at least aq ley cover sikit. Okee baik, aq tak ingat sangat pasal dia awal-awal dia masuk. Aq pun xberapa nak cara sangat kat dia. Sekolah pagi pun, kami satu kelas. Tapi, aq pun xda niat nak rapat dengan dia atau nak memperkenalkan diri aq pada dia.
Rasanya mungkin dalam seminggu atau 3 4 hari dia sekolah kat situ, aq baru nampak kewujudan dia. Baru nak ambil tahu la kiranya. Dalam kelas masa sekolah agama, aq ada bestfriend nama dia Tia. Dia syok kat mamat ni kot duk ambil tahu pasal mamat ni je. Masa tu aq tengah busy setelkan kerja rumah, tak tahu la aq buat ke atau aq copy homework orang. Haha. Mula-mula Tia lepak at meja aq. Lepas tu, dia pergi dekat meja lelaki tu. Budak lelaki ni sama nama dengan adik lelaki aq.
Tia tanya "Kau ada suka sapa-sapa tak dalam kelas ni?", kuat oww Tia tanya. Hampir satu kelas pandang diorang. Lepas tu mamat tu tunjuk dekat aq. Aq pula tak perasan sebab aq sibuk copy homework orang. Aq pun tak ingat. Entah-entah aq buat busy je kot. Yela, mamat tu pun boleh tahan, herlok hensem. Nak juga berasa macam dia minat ke aq. Hahaa. Turns out, dia memang minat at aq, hahaha. Tia pun mari kat meja aq, cakap mamat tu minat at aq.
Macam mana kami boleh couple atau sapa approach sapa, aq pun xpasti. Tapi, time tu aq memang rasa dia cinta mati aq laa. Waktu tu, hati aq kuat mengatakan dia cinta mati aq. Dan bukan cinta monyet aq. Chehwah. Tapi bercinta dengan dia memang trending satu sekolah wei. Sampai guru besar GPK HEM, segala cikgu tahu. Bila fikir-fikirkan balik , mesti kami dua orang jadi bahan gosip cikgu.
Aq pengawas sekolah pagi. Dia juga. Standard lah bercinta pass2 surat. Satu hari sekolah ada event, aq dapat surat cinta dari dia. Aq rasa aq bagi kawan kelas aq baca surat cinta kami. Apa benda entah, surat cinta pun nak bagi budak kelas baca. Tak malu ke apo. Lepas tu, aq keluar kelas. Pergi buat something. So aq amanahkan kawan aq simpan elok-elok surat tu.
Tiba-tiba kawan aq datang kat aq, cakap cikgu kelas aq. Cikgu Zaleha cari aq. Aq be like, why? Dah lah cikgu tu garang nak mati. Dia mengajar subjek english. Aq pelik lah asal cari aq. Lepas tu, kawan aq kata kantoi surat cinta kau wei! OMG! Aq dah cuak nak mati wei. Tambah pula kawan aq cakap cikgu nak panggil parents aq dengan mamat tu pergi sekolah. OMGOD. Apooo!
Terus aq menggunakan jurus hilangkan diri. Satu hari aq tak masuk kelas. Aq gi menyorok kat mana pun tak tahu lah. Memang cuak ah wei. Yang aq pergi ajak cikgu baca surat cinta aq sekali kenapooo? Kau ingat kau akan selamat menyorok satu hari. Esoknya tu memang kau x jumpa cikgu pun kan. Dari hari itu sehingga habis aq sekolah dekat situ. Hari-hari Cikgu tu akan bahan aq. Setiap kali suruh jawab soalan, dia mesti akan sebut nama aq. Gatal merela sangat kan nak bercinta. Berkat dia la, aq A subjek BI.
Tapi aq bercinta dengan mamat ni tak ada lah lama mana. Dia budak bijak wei. Aq ni separa bijak. Dia masuk sekolah pun macam tengah bulan juga. Tak pun dalam bulan 3 macam tu. Rumah dia dekat sangat dengan rumah aq. Kalau jalan kaki dalam 5 minit. So, port kami dating dekat taman permainan area rumah aq. Time ni tak ada telefon. So, kalau nak ajak main. BFF kami Afiq akan panggil aq ajak main.
So, kami akan main basikal sama-sama. Main badminton sama-sama. Lepas tu, kantoi dengan mak aq yang aq bercinta. Kantoi sebabnya aq dah serik nak tulis surat dalam kertas biasa. So, aq ambil buku tulisan satu. So, satu page aq tulis. Aq bagi kat dia buku tu. Dia pun akan balas dalam buku yang sama. So, buku itulah yang mengantoikan aq dengan mak aq. Dah lah time tu, baru lepas dapat result exam. Aq sorokkan kertas exam aq yang markah rendah tu.
Mak aq pula gi buat spotcheck bag aq. Dia jumpa kertas exam. Apa lagi mengamuk lah mak aq. Lagi best dia jumpa sekali buku cintan cintun aq tu, haa bertambah maksima lah kemengamukkan mak aq. Balik rumah, memang makan tali pinggang la time tu. Tapi, mak aq tak tahu budak mana yang aq bercinta.
Tapi mak mamat ni tahu aq bercinta dengan dia. Aq rasa kantoi sebab kitaorang asyik date dekat taman permainan depan rumah dia. Aduhai cari pasal lah aq ni. Time ni aq memang suka gila dekat mamat ni. Bukan sebab kehenseman dia je, tapi sebab aq memang rasa dia cinta mati aq. Dulu-dulu bercinta, mana ada pegang-pegang. Just main sama-sama je.
Humm. panjang pula kan. Okee laa stay tuned untuk part 2, di mana kemuncak konflik pergaduhan penceraian dan ketidaksefahaman. Fuhhh kisah cinta aq pun boleh jadi drama korea ea.. Tapi itu dulu je laa. Sekarang dah jadi drama koyak dah. Aq sorang jela yang koyak dia dan ada life dia. Hahaha.. Okee lah end by now. Saranghae xoxo
Saturday, 13 June 2020
The Best Experience Ever!!
Aq ingat lagi. aku pernah teruk giler main hoki. sampai boleh mengeluh laa orang tengok aq main. Even aq pernah compete kat Kuantan pun hancus. keeper hancus. Player pun hancuss. Ada satu time tu, U aq kena kongsi padang dengan team budak SUKMA. Keeper SUKMA tu tengok je aq main. Team SUKMA ni team perempuan.
Mungkin dy tengok aq ni nampak loss dan teruk giler performance, dy pun join aq. Dy duduk belakang jaring, dy guide aq guys. Tak silap aq ni sehari atau 2 hari sebelum ada game yang dianjurkan Terengganu. Aq lupa apa nama competition tu. So, prestasi aq semakin merundum. Mungkin disebabkan aq terlalu penat sebab practice hari2. Atau mungkin juga disebabkan aq stress dan overthinking pasal game.
So, budak perempuan ni pun duduk belakang jaring goal. Dy guide aq guys. Dy cakap, "Akak masa main game ni akak kena pandai baca gerakan pihak lawan." Aq rasa lebih kurang 10 hingga 15 minit, dy guide aq. Dan terus berubah prestasi aq. Banyak bola aq save. Mungkin ni kot effect di train oleh player Malaysia. and I'm really thankful for that.
Disebabkan dy guide aq. I'm playing quite well on competition. Player team aq tak semua pro. Hanya ada 2 sahaja bekas pemain Malaysia dan selebihnya join sebab as hobby and wanna try like me. So, aq playing a big role on that competition day. Sebelum start game aq bertapa tepi turf. Aq pakai earphone dengar lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh. Somehow lagu ni sangat memainkan peranan yang besar dalam membuatkan aq rasa bersemangat dan berkobar2 nak cuba bantu team aq menang.
Well, I'm doing really well. It was the best performance that I had did. Aq save banyak bola. Banyak bola lolos dari team aq. Dan sampai kawasan keeper. But, aq boleh tahan semua bola yang datang. Budak perempuan yang ajar aq tu pun thumbs up kat aq. Im really thankful for what she did to me. Kalau xdisebabkan dy, Kemungkinan hari tu wont be the best day for me.
Aq main untuk 2 team. Team senior dan team junior. First game team senior. So okee lagi. Then second team junior. Uish dekpa ni xberapa nak pro lagi. So, memang banyak ah bola loss kawasan keeper. Yang mana aq boleh manage, aq manage. But team junior didn't score any goal.
Then, second game untuk team senior. I did well. Sampai ada penalti. Im not sure terms dy penalti ke. Tapi, bila ingat balik, macam bodoh je aq time tu. Bila referee kata keeper ready. Aq terpinga2. Then team lelaki aq datang minx hold jap. Dekpa nak explain at aq. Hahaha aq yakin kompem ada team lain yang ketawakan aq. Memalukan je. Hahaha.
Yang aq ingat explain at aq time tu, Afiq, Faris, Zufar. Hidir dan Syam. Semua laa kiranya explain at aq sampai aq paham. So aq dan keeper lawan kena gilir2 tahan bola shoot. Turn aq first. Aq dapat tahan. Then aq keluar padang. Team lelaki kami semua bersorak. Then, keeper lawan msuk. dy pun dapat tahan. Aq masuk semula. Bola ni kena shoot 3 kali tau. Aq dapat tahan lagi bola. Team lelaki bersorak lebih kuat. Malu je wei! Then team lawan masuk. Dy pun dapat tahan. Aq stress dah time ni.
Aku masuk untuk last shoot. Kali ni aq kecundang guys. Aq fail tahan bola. Aq memang kecewa giler. Sebab ini dah final kot. If aq kalah. Team senior akan jadi no 2. Team lelaki aq jerit tak apa zureen! Keeper lawan pun masuk. and dy boleh defend bola. So, kami kalah. No. 2 guys. Aq kecewa.
Tapi, aq puas! I did quite well. And everyone keep on praising me. Team lelaki cakap la dyorang tak pernah explain pasal penalti ni sebab jarang berlaku. Wow! Afiq pun cakap sepanjang dy player hoki, dy tak pernah ada penalti tu. So, pengalaman yang berharga untuk aq. WOW!!
Aq bangga! Akhirnya aq berguna. Then, kami dapat hadiah. Duit kemenangan tu buat makan team lelaki dan perempuan. Kami minum dekat Air Buah Gelas Besar. So, aq pun turut menyumbang usaha dalam mendapatkan duit untuk makan haritu. Wahh. Bahagianya bila segala usaha kau, training kau akhirnya membuahkan hasil. Walla!
Saranghae Publish!
DRAFT
Aku ni jenis manusia yang suka menulis. So, aq ada banyak menulis dekat Wattpad dan juga menulis personal. Minat menulis aq ni dari kecil lagi. Ingat lagi darjah 4 ke darjah 5 aq start menulis. Aq start nak buat novel. Tapi, waktu tu aq xtau format untuk novel. So, aq end up menulis dalam bentuk dialog. Macam skrip cerita macam tu.
Disebabkan itu zaman 2004 atau 2005, so no komputer. no phone. Menulis sahaja guna tangan guys. Banyak cerita yg aq hasilkan. Dan normally satu cerita tu sampai 3 4 buku aq guna untuk menulis. Buku tulis sekolah yang saiz kecil, cover warna coklat tu.
Then, aq masuk sekolah menengah dekat Rompin, aq bawa karya aq ke kelas. Ceh karya kunun. And semua classmate aq baca termasuk juga kelas2 sebelah. Biasanya benda ni sinonim bila kita pinjam novel kawan. tapi, ni diorang baca novel yang dihasilkan aq versi tulisan punya. Well, aq dapat positif feedback dari diorang.
Sampai lunyai buku novel aq tu dapat kat dyorang. Waktu zaman ni aq xminat lagi tau baca novel. Aq start baca novel time form 4 if not mistake. So aq pun quite amaze dengan kesungguhan aq zaman dulu. Macam mana aq boleh terfikir nak buat novel, sedangkan aq xpernah baca novel. Tapi, yang pasti aq memang minat membaca. Buku apa je yang aq xbaca. Library tu tempat feveret aq. Hampir semua buku aq baca kat library. Yang paling penting, buku nilam aq penuh. siap tambah buku lagi. Tapi lagi best bila kawan aq copy buku nilam aq. Hahaha. Buku nilam pun nak copy T_T. ayoyo Tapi sekarang ni aq tak tahu lah dimana keberadaan buku tu. Yang aq ingat lepas Form 5, aq masih lagi nampak beberapa siri buku aq tu. Tapi, sekarang tak tahulah at mana dah.
And then, waktu high school. Aq start menulis novel guna komputer. Time tu, aq dapat Netbook 1 Malaysia. Ada a few masih tersimpan. Ada yang hilang disebabkan virus. Apa yang aq perasan, kebanyakan novel yang aq tulis dalam netbook, kebanyakannya cerita tergantung, tak habis. Fuhhh mula2 je semangat. Bila dah kering idea. aq pun stop. Then start cerita baru. Sampai ke sekarang nampaknya idea tu xmuncul2 ye.
Tapi, pernah sekali karya aq dilakonkan. Waktu tu majlis hari guru. Aq pengawas sekolah form 5. So team pengawas decide nak buat persembahan utk hiburkan hati2 guru weolls. Tapi, nak menyanyi. suara tak sedap. nak menari. Apooo.. So kami buat persembahan lakonan.
So, aq pun start buat skrip and aq turut direct pementasan tu. Aq tak berlakon pun. Aq just beri arahan sahaja dan buat kerja di belakang tabir. Sangat puas hati guys. Student cikgu semua suka tengok persembahan kami. Tak sia-sia aq bersengkang mata siapkan skrip pementasan di samping nak SPM tahun tu.
However, yang tak bestnya, tiada rakaman untuk pementasan tu. Since kami masih bersekolah. Pengawas pula tu, nak bawa phone ke sekolah satu kesalahan yang besar. So, pementasan tu hanya lekat dalam kepala otak aq jela. Skrip tu pun aq tak tahu kat mana. Mungkin virus kot sampai file aq tu hilang.
Somehow, aq masih ingat a few scene walaupun tak berapa ingat. Waktu tu 2011. Cerita pasal student yang nakal. then berjaya. Watak utama dauh tak slap. Then, penghasut kebaikan Ariff. Parents dauh, Sue and Mizi. In real life, time tu dekpa tengah hot bercinta. Tapi sekarang dua2 dah kahwin. Tapi dengan orang lain. Ketua pengawas, Faris jadi pengetua. Dan ada a few aktor lagi. Tapi aq xingat siapa dan watak apa. Hahaha. Limited juga memori aq ni.
Walau macam mana pun guys, ada a few yg aq publish di wattpad, Alright thats all
XOXO. PUBLISH!
Friday, 12 June 2020
MY DIARY 2015?!
Thursday, 11 June 2020
PKPP
Alright now adalah PKPP stand for Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. So hari ini adalah hari kedua aq berkerja since aq kerja dalam industri perkhidmatan, jadi this week baru start buka. Banyak norma-norma baru yang harus di sustain dan di pelajari. Of course tak senang untuk follow dan tak susah untuk berubah.
Sepanjang Pkp aq stuck di Shah Alam, tak sempat nak balik kampung. Hahaha padahal sehari sebelum PKP tu aq kat kampung guys. Saja aq balik Shah Alam awal sebab nak tumpang kereta adik aq. Sekalinya, huh punah harapan sis. Sabar jela guys.
So first month aq stuck at shah Alam, aq masih ada roommate. But then roommate aq pindah rumah. But still dalam bangunan yang sama. So 2 months later, aq berkelana seorang diri dalam bilik tu. Tapi aq okee je, sebab nice apa stay sorang2.
Housemate aq yang ada pun 3 orang je. So berkelanalah kami sampai raya dan harini. So aq tak ada cod makanan ke apa ke. semuanya aq masak. Haha. Asah bakat memasak aq ni ha. Raya baru ni aq boleh buat 2 juadah sendirian. Lepas siap berperang kat dapur memang sakit laa badan2 aq. Aku masak lontong nasi impit, sambal ikan bilis dan rendang ayam.
Dan aq juga turut terjebak dengan dalgona milo viral tu. Tapi aq pukul tak kembang mana pun. Penat kot. So, aq minum apa adanya. Hahaha
That's all for now.
Saranghae. XOXO
After Effect Melecur
So basically, almost 2 years aku dah kena melecur yang pernah aku cerita pada entry aku yang lepas. So, the sad is parut still ada. Macam tak nak nyah je dari kaki aku. Sampai harini, ingatan memori melecur tu still kuat dalam memori aq.
Hahaha. sekejap timbul sekejap tidak je aq ni. Tapi it's sort of fun. After a long long time, aq baca balik blog aq. haha. meremang rasa.
Btw, back to the main point. Parut melecur aq masih ada. Memang nampak jelas di kaki aq. Yang bagusnya, aq istiqamah dalam pemakaian stoking sehingga hari ini. Tapi, yang tak bestnya parut ni memang jelas di kaki. Lebih-lebih lagi bila aq nak solat dekat surau public. Orang akan tengok je kaki and aq boleh nampak dari ekoran mata aq ni ha.
Tapi aq da biasa. So carry on jela. Buat don't know sahaja. Aq harap sangat sesiapa sahaja yang melecur lepas ni. The best things you guys can do is:
1) Terus siram tempat melecur dengan air. If rendam, much better. Bagi cool down. So that, after effect tak seteruk aq. Dan kemungkinan untuk berparut tu rendah.
2) Jangan percaya mana-mana mitos, seperti sapu ubat gigi ke, sapu kicap ke, tekup ais ke. Just rendam sahaja dulu.
3) If you guys prefer untuk pergi klinik. Macam kes aq ni la. Sangat laa aq suggest untuk rendam dulu kaki korang. Baru pergi klinik. At least kesan lecuran tu dah cool down. Sebab kalau korang pergi terus klinik pun. Kaki korang dah masak isi, doktor hanya mampu menengok dan menyapu ubat sahaja.
Well, please do follow my advise. Jangan nanti dah terhantuk baru nak terngadah pula. Uishh bukan beshe2 sis keluar peribahasa ni.
Dan tambahan ilmu, untuk baikpulih parut adalah dalam masa 2 tahun selepas kes lecuran. Aq ada baca dekat satu site ni. Aq nak up gambar kaki aq. Aurat kan. So aq cerita dan korang imagine lah sendiri.
Kaki aq ni kawasan lecur, dy nampak isi. so berwarna putih lah. Then mana kawasan lecur yang luka dulu, akan berwarna gelap. After all, kawasan lecur tu dah start otw back to warna kulit semula. Mungkin takes time atau mungkin sampai tua. Hahaha.
Well, thats all from me. Thanks. Saranghae. XOXO
Monday, 14 August 2017
Melecur Teruk Part II
- Lambat sembuh sebab ada kencing manis.
- Kawan U aq ada cakap time gathering kitaorang. dy cakap anak boss dy kena air panas dekat kaki, then dr. amik isi daging sikit dekat betis utk letak dekat kaki.
- Roomate aq ckp, kaki ayah dia kena api, then operate.
- Hantaran aq turun
- Suara2 halus suh aq saman resort. cakap senang lah. dyorang nak ke bayar peguam aq?
- Kenapa balut kaki, nanti lambat kering. so, end up aq tanya dr kenapa balut. Dr. just cakap. suruh orang2 yang mempertikaikan balutan ni masuk time aq cuci kaki. biar diorang tengok sendiri boleh ke atau tidak utk x balut. sebab luka besar, jadi takut kuman.
- ada cakap lama2 kaki akan berulat
- dan sebagainya. malas nak recall nanti sakit hati.
- Ubat on time. walaupun korang tak pandai makan ubat. kena makan. kesan dy, tengok aq sekarang ni. Ikhtiar jer macam mana2 pun makan ubat. aq pernah bancuh ubat dalam air Vico, telan ubat dengan nasi, di mana akhirnya aq gigit ubat tu. rasa dy. istighfar aq.
- Consume susu, keju, yogurt selalu.
- Makan sayur banyak2.
- Elakkan makanan gatal seperti telur, seafood, etc. boleh google..
- Kurangkan makan ayam.
- Benda yang paling PENTING!!! Lepas kena lecur, terus rendam atau jirus air dekat tempat lecuran. Air paip, jangan air sejuk!! Rendam lama2, sampai hilang rasa perit dy. Kes aq haritu sebab jadi dalam kereta, jadi aq x mampu mencari air. Dan sejujurnya aq xmampu berfikir dengan baik. panik, sakit, etc. mana lah mampu berfikir. kalau rendam dengan air. sakit akan kurang dan kemungkinan tidak gelembung itu tinggi dan cepat baik.