Sunday, 12 October 2014
Kisah Pokok Epal
Suatu masa dahulu, terdapat
sebatang pokok epal yang amat
besar. Seorang kanak-kanak lelaki
begitu gemar bermain-main di
sekitar pokok epal ini setiap hari.
Dia memanjat pokok tersebut,
memetik serta memakan epal
sepuas-puas hatinya, dan
adakalanya dia berehat lalu
terlelap di perdu pokok epal
tersebut. Budak lelaki tersebut
begitu menyayangi tempat
permainannya. Pokok epal itu juga
menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu
sudah besar dan menjadi seorang
remaja. Dia tidak lagi
menghabiskan masanya setiap hari
bermain di sekitar pokok epal
tersebut. Namun begitu, suatu hari
dia datang kepada pokok epal
tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku
tidak lagi gemar bermain dengan
engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku
perlukan wang untuk membelinya,"
tambah budak remaja itu dengan
nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau
begitu, petiklah epal-epal yang ada
padaku. Jualkannya untuk
mendapatkan wang. Dengan itu,
kau dapat membeli permainan
yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan
gembiranya memetik semua epal di
pokok itu dan pergi dari situ. Dia
tidak kembali lagi selepas itu.
Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu
kembali. Dia semakin dewasa.
Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain.
Aku terpaksa bekerja untuk
mendapatkan wang. Aku ingin
membina rumah sebagai tempat
perlindungan untuk keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya
budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak
mempunyai rumah. Tetapi kau
boleh memotong dahan-dahanku
yang besar ini dan kau buatlah
rumah daripadanya." Pokok epal
itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa
itu memotong kesemua dahan
pokok epal itu dan pergi dengan
gembiranya. Pokok epal itu pun
tumpang gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih kerana
budak itu tidak kembali lagi
selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang
lelaki datang menemui pokok epal
itu. Dia sebenarnya adalah budak
lelaki yang pernah bermain-main
dengan pokok epal itu. Dia telah
matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan
lagi budak lelaki yang suka
bermain-main di sekitarmu. Aku
sudah dewasa. Aku mempunyai
cita-cita untuk belayar. Malangnya,
aku tidak mempunyai bot.
Bolehkah kau menolongku?" tanya
lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk
diberikan kepada kau. Tetapi kau
boleh memotong batang pokok ini
untuk dijadikan bot. Kau akan
dapat belayar dengan gembira,"
cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira
dan menebang batang pokok epal
itu. Dia kemudiannya pergi dari
situ dengan gembiranya dan tidak
kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari,
seorang lelaki yang semakin
dimamah usia, datang menuju
pokok epal itu. Dia adalah budak
lelaki yang pernah bermain di
sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-
apa lagi nak diberikan kepada kau.
Aku sudah memberikan buahku
untuk kau jual, dahanku untuk kau
buat rumah, batangku untuk kau
buat bot. Aku hanya ada tunggul
dengan akar yang hampir mati..."
kata pokok epal itu dengan nada
pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana
aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya, aku tidak mahu
dahanmu kerana aku sudah tua
untuk memotongnya, aku tidak
mahu batang pokokmu kerana aku
berupaya untuk belayar lagi, aku
merasa penat dan ingin berehat,"
jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di
perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat
di perdu pokok epal itu dan
berehat. Mereka berdua menangis
kegembiraan.
Moral:
Cerita ini sengaja dipaparkan
untuk mengajak para remaja
berfikir cerita ini sengaja
dipaparkan untuk mengajak remaja
berfikir tentang pengajaran di
sebalik cerita tersebut. Sebenarnya
pokok epal yang dimaksudkan
dalam cerita itu adalah kedua-dua
ibu bapa kita. Bila kita masih
muda, kita suka bermain dengan
mereka. Ketika kita meningkat
remaja, kita perlukan bantuan
mereka untuk meneruskan hidup.
Kita tinggalkan mereka dan hanya
kembali meminta pertolongan
apabila kita di dalam kesusahan.
Namun begitu, mereka tetap
menolong kita dan melakukan apa
sahaja asalkan kita bahagia dan
gembira dalam kehidupan.
Anda mungkin terfikir bahawa
budak lelaki itu bersikap kejam
terhadap pokok epal itu, tetapi
fikirkanlah itu hakikatnya
bagaimana kebanyakan anak-anak
masakini melayan ibu bapa
mereka. Jangan hanya kita
menghargai mereka semasa
menyambut Hari Ibu dan Hari
Bapa setiap tahun. Semoga kisah
ini memberi keinsafan kepada kita
semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment