Monday, 13 October 2014
Persangkaan
Manusia hari ini suka sangka-sangka..
Ada sangka baik.
Ada sangka buruk.
Orang beribadah disangka riak..
Orang rileks disangka malas..
Orang berpakaian baru disangka menunjuk..
Orang berpakaian buruk disangka hina..
Orang makan banyak disangka pelahap..
Orang makan sedikit disangka diet..
Orang yang senyum disangka mengejek..
Orang yang masam disangka merajuk..
Orang berbincang disangka mengumpat..
Orang yang diam disangka menyendiri..
Orang yang menawan disangka menggoda..
Orang yang ceria disangka mengada..
Orang yang bertanya disangka menyibuk..
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah.
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa.
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat.
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah.
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya.
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya.
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya.
Sesuatu perkara yang kita lihat..
Jangan suka sangka-sangka..
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa..
Kerap sangka-sangka mengundang celaka..
Jangan terlalu bersangka-sangka..
Jauhi sikap bersangka buruk terhadap orang lain..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment